DASAR PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

DASAR  PBS
PERNYATAAN DASAR PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)

1.1 Sekolah WAJIB melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.
1.2 Pelaksanaan PBS dijalankan secara berterusan dan merupakan sebahagian daripada PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1.3 Pihak Sekolah bertanggungjawab mengurus dokumen, skor dan evidens serta pengeluaran sijil.  Sijil diserahkan kepada calon semasa calon mengambil keputusan peperiksaan.
1.4 Skor hendaklah dhantar ke Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut kaedah dan tempoh yang ditetapkan.
1.5 Sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang mempunyai komponen PBS dan memerlukan bilik khas mestilah mendapatkan kelulusan dan pertauliahan sebagai pusat peperiksaan daripada Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan Peperiksaan) dua tahun sebelum mendaftarkan calon.
1.6 Pertauliahan akan berkuatkuasa selagi pihak sekolah mematuhi syarat dan criteria yang telah ditetapkan.
1.7 Pentaksir mata pelajaran PBS mestilah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan.
1.8 Tiga kumpulan personel hendaklah dilantik bagi melaksanakan PBS iaitu :
      1.8.1   Kumpulan Pemantauan
      1.8.2  Kumpulan Penyelarasan
      1.8.3  Kumpulan Pengesanan.
1.9 Skor PBS akan diambil kira dalam menentukan keputusan mata pelajaran tersebut.
1.10 Semua artifak dan folio adalah bahan sulit peperiksaan.
1.11 Evidens perlu disimpan dengan selamat di sekolah selama enam bulan   selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.
1.12  Artifak dan folio boleh dibuat di luar waktu pengajaran dan
         pembelajaran tetapi dilaksanakan dalam kawasan sekolah.
1.13  Kos pelaksanaan PBS ditanggung oleh pihak sekolah.
1.14  Jawatankuasa untuk pengurusan PBS mesti ditubuhkan di peringkat negeri, daerah dan sekolah.
1.15  PBS mesti dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh PBS.